Sahabat...

assalamualaikum



setelah sekian lama saya,kini baru saya dapat update blog saya...sepanjang saya study di sini,kenapa hati saya ini selalu sedih??...saya ada fikirkannya...tapi,tiada penyelesaiannya....kat sini,susah nak cari kawan yang betul-betul boleh dibuat kawan...



dulu,masa saya mula-mula masuk study kat sini,saya ada 2 orang kawan....beberapa minggu selepas itu,seorang daripadanya telah meninggalkan saya atas sebab yang tak logik....cuba awak bayangkan,seorang kawan tinggalkan kawannya hanya kerana salah faham yang kecil...saya memang memarahinya sewaktu itu,tetapi bagi saya dan orang lain,saya hanya memarahinya sikit dan tidaklah teruk sangat...dah berkali-kali saya memohon maaf darinya...tetapi jawapannya tetap sama....saya akan ingat kata-katanya sampai bila-bila.



"tak ada apa-apa la...kau pergi la balik bilik kau..."



itulah jawapannya yang telah membuat hati saya teguris...walaupun saya rase seperti itu pada waktu itu,saya hanya memendamkan sahaja perasaan saya dari hari itu sampai sekarang....kenapa susah sangat seseorang itu nak maaf kan orang lain walaupun orang yang melakukan kesalahan itu telah memohon maaf berkali-kali...



sedangkan nabi memaafkan umatnya....inikan pulak manusia....sikap pemaaf yang patut ada dalam diri
setiap individu telah hilang di telan zaman



kawan saya yang sorang lagi tu,semakin hari semakin jauh dari saya hanya kerana telah berjumpa dengan kawan baru...ini ke sikap seorang yang digelar sahabat???..patut ke dia melakukan seperti ini kepada sahabatnya sendiri???....patut ke seorang sahabat melupakan sahabatnya hanya kerana dia telah bertemu dengan kawan baru???....



kadang-kadang perasaan sedih yang ada dalam diri saya ini saya rasa lebih kuat berbanding perasaan gembira yang ada....dimana letaknya nilai persahabatan dalam diri seseorang???...kenapa begitu mudah kawan melupakan kawannya....kalu seorang kawan telah membuat perasaan kawannya terguris atas terasa hati,kenapa tidak dimaklumkan dan berterus terang....kenapa harus mendiamkan diri dan meninggalkannya???...



Ya Allah kuatkanlah hati hambamu ini untuk meneruskan kehidupan dan mengharungi hari-hari yang seterusnya



walaupun pada luaran saya kelihatan kuat,walhal dalam hati ini,tiada siapa yang mengetahuinya....begitu susah untuk megharungi hari-hari yang tiba kerana saya tetap akan bertemu dan berhadapan dengan kawan-kawan saya ini setiap hari....walaupun begitu,saya sangat bersyukur kerana pada masa ini,saya berkawan dengan beberapa orang yang saya menganggapnya kawan....terima kasih pada kawan-kawan saya sekarang ini kerana menceriakan hari-hari saya pada masa sekarang...



Walau aku senyum bukan bererti,aku selalu bahagia dalam hari.,ada yang tak ada di hati ini,di jiwa ini...HAMPA....






p/s: maafkan saya andai saya telah melakukan kesilapan dalam persahabatan kita..